SELAMAT DATANG KE LAMAN ALC CHENG PERDANA


Adalah menjadi harapan setiap individu dan ibu bapa mengimpikan anak-anak menempuh kehidupan dengan penuh kejayaan dimasa hadapan tanpa melupakan Ilmu asas yang WAJIB ada iaitu KEFAHAMAN ISLAM dan Pembelajaran ALQURAN secara cepat dan seronok. Di Pusat Pembelajaran Alquran Teknik Albaghdadi Taman Cheng Perdana (ALC CHENG PERDANA), kami memainkan peranan yang penting bagi memastikan ANDA dan ANAK-ANAK ini dapat mencapai impian tersebut.

 

Di Pusat Pembelajaran Alquran Teknik Albaghdadi Taman Cheng Perdana, kami menyediakan perkhidmatan kelas Tajwid Asas untuk Kanak-kanak dan Eksklusif Dewasa menerusi teknik Pembelajaran berkesan menggunakan aktiviti Visual, Audiotori dan Kinestetik bagi mempercepatkan pemahaman dan ingatan pelajar terhadap ilmu yang disampaikan.










KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Adalah menjadi tanggungjawab kami menyediakan suasana pembelajaran yang nyaman serta moden agar pelajar-pelajar dapat menghayati proses pembelajaran mereka dengan penuh keselesaan.


Kami meyediakan kemudahan kelas yang hanya memuatkan 15 orang pelajar sahaja pada satu masa belajar agar tumpuan serta peluang berinteraksi dapat diberikan sepenuhnya antara pelajar dan tutor.


Selain itu kami turut menyediakan kemudahan surau serta kemudahan ruang menunggu untuk ibu bapa yang serba moden.

 

SISTEM KESELAMATAN

 

ALC CHENG PERDANA juga menyediakan sistem keselamatan CCTV dan Biometrik dalam memantau pergerakan dan keselamatan pelajar.


ARTIKEL YANG ANDA MESTI BACA...